Alat bantuan mengajar untuk para guru.

June 20th, 2009

Sejak kebelakangan ini saya sering menerima pertanyaan daripada rakan-rakan saya yang terlibat dalam bidang perguruan mengenai alat bantuan mengajar yang sesuai untuk kelas mereka. Saya cadangkan kepada mereka tentang penggunaan perisian seperti sketchup untuk membantu sesi pembelajaran lebih menarik. Ada beberapa sebab mengapa sketchup sesuai digunakan sebagai alat bantuan mengajar.

1. Sketchup mempunyai versi percuma yang boleh dimuat turun daripada
http://sketchup.google.com/download/gsu.html
Ini berbeza dengan sesetengah perisian lain dimana anda perlu membeli lesen untuk
menggunakannya.

2. Paparan dalam perisian sketchup lebih mudah difahami oleh para pelajar.

3. Sketchup tidak memerlukan komputer berspesifikasi yang tinggi untuk berfungsi.

Spesifikasi minimum:

* 600 MHz CPU.
* 128 MB RAM.
* 128 MB ruang harddisk.
* 3D kad video dengan memori 128 MB.

Kebanyakan daripada mereka kagum dengan kebolehan perisian sketchup untuk membuat lukisan 3D dengan mudah dan cepat.

Selain itu, saya juga dapat tahu daripada rakan-rakan bahawa semasa interview kpli atau dpli penemuramah akan bertanya mengenai alat bantuan mengajar yang pemohon tahu. Maka sketchup mungkin boleh menjadi salah satu caranya=) Fikir-fikirkan!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perisian Sketchup,sila layari laman web utama saya

www.binarumah.com

Penggunaan Styles dalam Sketchup.

May 24th, 2009


Sketchup memberi anda pilihan untuk mengeksport gambar model rumah anda dalam pelbagai styles. Untuk memilih styles, pilih Window>Styles.

Satu dialog box styles akan terpapar dalam sketchup. Kemudian pilih styles anda.

Klik File>Export>2D Graphic dan save gambar rumah anda. Berikut adalah beberapa gambar rumah yang telah saya export. Enjoy=)

Pencil tracing

Gambar Rumah 1

Pencil Tracing

Blueprint

Gambar Rumah 2

Blue print

Default styles

Gambar Rumah 3

Default Styles

PSO

Gambar Rumah 4

PSO

5 kesilapan pelan rumah.

January 26th, 2009
Contoh pelan rumah

Contoh pelan rumah

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun begitu, untuk menjadikan impian itu menjadi kenyataan kita seharusya mempunyai perancangan yang teliti.

Mempunyai perancangan bermakna mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memiliki rumah sendiri. Seseorang itu boleh mula bekerja keras dan mengatur perjalanan kerjaya atau membuat keputusan perniagaan yang baik supaya dapat menyimpan wang untuk rumah impiannya. Apabila duit dah cukup, barulah anda boleh mendapatkan khidmat arkitek untuk membuat pelan rumah impian anda.

Anda perlu memiliki pelan rumah supaya anda dapat mengira kos pembinaan rumah anda. Selain itu, anda juga dapat membeli simen lebih awal ketika harganya lebih murah.

Pemilik rumah yang merancang untuk membina pelan rumah harus berhati-hati terhadap 5 kesilapan yang boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesilapan ini amat merugikan anda. Berikut adalah 5 kesilapan biasa pelan rumah yang harus diberi perhatian oleh anda:

1. Membuat pelan rumah tanpa merujuk undang-undang kerajaan tempatan.

2. Bermula pelan rumah tanpa mangambil kira saiz dan lokasi lot dimana rumah tersebut dibina.

Lokasi rumah sangat penting.

Lokasi rumah sangat penting.

3. Membina plan rumah diluar kemampuan kewangan pemilik rumah.


4. Mengurangkan kos plan rumah dengan mendapatkan khidmat nasihat bukan professional.


5. Bergantung kepada pendapat dan keputusan designer rumah tanpa membuat kaji selidik tentang rumah anda.

Membuat pelan rumah bukanlah satu perkara yang mudah dan pemilik rumah akan melakukan kesilapan semasa proses membuat pelan rumah mereka. Walaupun begitu pemilik rumah masih boleh mengelakkan kesilapan sekiranya mereka tahu apa yang perlu dielakkan.